THE GREATEST CHALLENGE IN LIFE IS TO FIND SOMEONE WHO KNOWS ALL YOUR FLAWS, DIFFERENCES, AND MISTAKES AND YET STILL SEES THE BEST IN YOU.
Assalamualaikum! Welcome all! ^^v
ehem! peduli ape broken english :p

Jun 1, 2011

Yang sebenarnya disebalik cerita Karak.

Banyak jugak mesej yang aku dapat daripada cerita ni. Paling best bila satu part tu, Tok Malam ade cakap,

"Baca ayat Kursi. Jangan hafal je, faham kan maksudnya juga."-kata Tok Malam.

Sentap jugak bila dengar. Ya, Alhamdulillah, aku hafal ayat Kursi. Hafal since sekolah rendah. Masa tu ingat lagi, ade seorang lelaki datang meminta sedekah dari rumah ke rumah, and one of the house, rumah aku. Aku bagi 'dia' singgit, lepastu 'dia' bagi satu kertas kecik, siap ber-laminated. Aku tengok, kertas kecik tu ade ayat Kursi. Mula mula buat tak tahu je, letak atas meja. Lepas beberapa hari, tiba tiba terdetik nak baca and paling tak percaya aku boleh hafal ayat tu dalam sekelip mata je. Serious, ini tak tipu. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Tapi, aku hafal je, maksud ayat tu memang aku tak tahu. Sampai lah aku tengok cerita Karak ni, and dengar dialog Tok Malam, baru aku sedar. Yang aku hafal tapi aku tak amik tahu pun pasal maksud. Dan sekarang, meh, nak kongsi sikit :)

Maksudnya ; "ALLAH, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tidak ada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu - Nya dan kekuasaan - Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya)."


Antara kebaikan mengamalkan ayat Kursi ;


1) Menghidarkan diri daripada gangguan syaitan


2) Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Allah akan mengampunkan dosanya.


3) Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Allah mewakilkan dua malaikat yang 
menjaga selama tidurnya sampai pagi.


4) Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.


5) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.


Ayat Kursi amat agung disisi Allah S.W.T. dan ketahuilah bahawa sewaktu ayat ini diwahyukan kepada Rasullah, terdapat beribu-ribu malaikat yang mengiringi ayat Kursi kerana kebesaran dan kesuciannya. Oleh kerana ayat ini, maka jin kafir yang paling kuat yang digelar Ifrit pun tidak mampu menahan kehebatan ayat Kursi sehingga ia mati.

Subhanallah, Maha suci Allah, Allahuakbar.

******************************

*slow slow, insyaAllah boleh:)

Like kalau Suka

No comments:

Post a Comment