THE GREATEST CHALLENGE IN LIFE IS TO FIND SOMEONE WHO KNOWS ALL YOUR FLAWS, DIFFERENCES, AND MISTAKES AND YET STILL SEES THE BEST IN YOU.
Assalamualaikum! Welcome all! ^^v
ehem! peduli ape broken english :p

Jun 3, 2011

Tudung.

Fall in love with this picture! Comeeeeeeeeel!

Assalamualaikum. Ok malam pagi ni, nak share pasal tudung. Jenis jenis tudung memang banyak sekarang ni. Well, dunia dah maju bro~ Ade tudung saji, ade tudung bawal, ade tudung 3 segi, tudung Siti, tudung Ekin, tudung Tipah, tudung Bedah-and-bla-bla and selendang. Kalau selendang tu lagi banyak jenis ye adik adik, ade jenis selendang Pashmina, Satin, Cotton and bla-bla-bla.

As we know, memakai tudung merupakan salah satu perkara wajib yang perlu dilakukan oleh kaum hawa. Bukan boleh tutup aurat JE, banyak kebaikan and faedah yang kita boleh dapat. So, meh nak share sikit,

1) Boleh mengelakkan daripada penyakit kanser otak. 

2) Boleh elak daripada Kutu. Yeah! 

3) Kengkadang, lelaki lebih respect dengan perempuan yang pakai tudung. Nak nak pulak kalau pakai tudung labuh, memang tak ade la yang nak tegur notty notty. *Weeewitt~ Haii boleh ngorat?

4) Ujian menunjukkan 40-60 peratus kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala, justeru menutupnya terutama dimusim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain.

5) Boleh mengelakkan cahaya matahari daripada merosakkan rambut. Ya, pakai tudung, rambut tak rosak, Boleh la bagi husband terchenta tengok...Cantik jeeee rambut kan. :D

6) Feel dilindungi tu lebih terasa. Kepala akan rase macam pakai helmet. Serious tak tipu! Lepastu dapat elak dari kes rogol pun satu. Ya, perogol ni nafsu terlebih lebih, jadi dengan memakai tudung, mungkin salah satu cara untuk mengelakkan/menyelamatkan diri.

7) Akan nampak lebih cantik dan ayu. Contoh nak kasi senang je, pelakon wanita Irma Hasmie tuuuuu. Sejak sejak dah pakai tudung ni, bertambah cantik kan dia sekarang. Sejuuuuk je mata memandang.

Rasenye sampai 7 point je kot yang aku boleh kasi, korang korang ade yang nak tambah? Hee.

Rambut merupakan aurat yang WAJIB ditutup oleh wanita apabila berada di hadapan lelaki ajnabi. Oleh itu, mendedahkannya adalah berdosa dan merupakan suatu kemaksiatan yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak sekiranya dia tidak sempat bertaubat.

 Firman Allah Taala:
يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن 
Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” (surah Al-Ahzab:59)

*Ehem! Jangan malas cuci rambut pula ya. Lepas cuci, keringkan betul betul, baaaaaaaru boleh pakai tudung. ^^v



Like kalau Suka

2 comments: