THE GREATEST CHALLENGE IN LIFE IS TO FIND SOMEONE WHO KNOWS ALL YOUR FLAWS, DIFFERENCES, AND MISTAKES AND YET STILL SEES THE BEST IN YOU.
Assalamualaikum! Welcome all! ^^v
ehem! peduli ape broken english :p

Jun 28, 2013

holidaydayday

Assalamualaikum wbt.

Hi guys. Harapnya semua sihat sihat belaka lah ye. Well harini I nak kongsi cerita pasal I pegi holiday dengan family dekat Tioman Island haritu (terus straight forward :D) .

Nak dimulakan cerita, kami bergerak dari rumah hari khamis, 20/6/2013, pukul 2 pagi. Memang syok jalan memalam sebab sejuk, tak banyak kereta and memang nyenyak kalau tidur dalam kerata. hehe. So, kitorang terus bergerak menuju ke Mersing dan Alhamdulillah, we safely reached there at 7am. Breakfast kat kedai dekat dekat situ, and terus pegi jeti untuk beli tiket ke Pulau Tioman.

Harga tiket memang tak pernah berubah dari dulu. Well ya, kami sekeluarga memang rajin pergi Tioman kalau holiday. Alhamdulillah lah tak naik harga tiket. Boleh saving budget sikit. heho. So harga tiket ialah rm35 for sehala. Pergi balik rm70/seorang. Boat tak silap only available pukul 9am and 11am. tengahari, petang...im not so sure ade ke tak. Kiranya, kalau nak naik boat tu, kene bangun pagi pagilah ye. hiks.

Alhamdulillah again we safely arrived at Tioman Island dalam pukul 12pm gitu. Pemandangan dia...SubhanaAllah. Cantik sangat. Air biru, jernih macam kat oversea uolls! hari yang kitorang pilih memang cun. sebab apa......sebab budak2 dah settle cuti sekolah. So takdelah crowded sangat. Ade omputih omputih ongkoreakorea je kat sana. mueheeee.

Kitorang stay dekat rumah banglo tumpangan Jabatan Taman Laut. Free je sebab ayah I kerja sini. muehehehe. nampak tak kat situ kenape we olls suka pegi Tioman? haha. Yela. tak payah nak risau pasal rumah and paling penting save budget lagi~ trolololoooo~ :D

Aktiviti dekat sana? Of course snorkeling. Geram tengok ikan yang comel comel tu. Rasa nak tangkap bawak balik sekor! Seriously ikan kat sana besar besar. Bila kasi makan, mak oi. Lahap dia...... Ade ikan nemo, ikan warna macam pelangi, ikan hitam, ikan belang2..hah...soryy eh, tak tahu nama ikan. haha. Ikan todak pun ade. Panjang gila. Ok, sebut pasal Todak, dulu I penah nak hampir lemas kat tioman ni bila nampak ikan tu. Besar, panjang, dia-punya-muncung-kat-depan-tu panjang gila ok! Gila tak takut???? :/ Tapi ekcili ikan tu rilek je. Dia jinak. I yang over acting lebih. K.

Sebenarnya kalau nak bercuti dekat sini tak cukup setakat 3hari 2malam. Sebab tioman banyak tempat tempat menarik yang korang boleh pegi. Jungle trekking, air terjun. Tak puas kalau sekejap je dekat sini. huhu.

Some pictures to share.....




We miss you Tioman~ 


Like kalau Suka

No comments:

Post a Comment